EXCO Pembangunan Sosio-Ekonomi V Ganabatirau (tengah) bercakap ketika sidang media perasmian karnival Deepavali di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 19 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

EXCO: 175 individu terima bantuan alatan niaga tahun ini

KLANG, 14 JUN : Seramai 175 individu dari sembilan menerima program Pembangunan dan Pemerkasaan Usahawan India Selangor (I-SEED) pada tahun ini.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau berkata secara keseluruhan, seramai 639 penerima bantuan alatan perniagaan bagi tempoh tiga tahun sejak 2021 dengan dana lebih RM3.34 juta.

“Saya berharap penerima bantuan hari ini mampu melakukan sebuah anjakan paradigma di dalam meningkatkan pendapatan untuk menyara diri dan keluarga masing-masing ke arah kehidupan yang lebih selesa.

“Saya juga ingin menyeru supaya semua penerima memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini dan diharap dapat terus kekal menjadi platform dalam meningkatkan pembangunan Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan I-Seed di Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya program tersebut berjaya membantu peniaga bangkit terutama pascapandemik dan banjir.

Program I-SEED dilancar pada April 2021 bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang diusahakan.

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri itu.


Pengarang :