Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Mohamad beramah mesra dengan warga emas Siti Kamaliah Daud, 77, yang turut membuang undi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Selayang Baru, Gombak pada 12 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB seru penduduk keluar mengundi awal, elak hujan sebelah petang

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 12 OGOS: Penduduk Selangor diseru keluar awal pada sebelah pagi untuk menjalankan tanggungjawab membuang undi pada pilihan raya negeri (PRN) hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Aminudin Shari berkata langkah itu bagi mengelak cuaca tidak mengizinkan seperti hujan pada sebelah petang.

“Saya nak seru kepada rakyat di Selangor ambil kesempatan turun beramai-ramai untuk mengundi.

“Di peringkat 15 hingga 20 minit terawal ini sudah mula ramai turun mengundi, kita bimbang pada sebelah petang berlaku cuaca yang tak mengizinkan seperti hujan jadi kena beri peluang kepada diri anda untuk memutuskan pentadbiran negeri dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Aminudin Shari memakaikan topi keledar untuk isteri, Datin Seri Masdiana Mohamad selepas selesai membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Selayang Baru, Gombak pada 12 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, beliau ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Selayang Baru di sini pada jam 8.24 pagi untuk membuang undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

Kehadiran Amirudin dan Masdiana turut disambut calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN terbabit Anfaal Saari yang mengiiringi pasangan terbabit yang mengundi di saluran lima.

Kerusi Taman Templer menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Anfaal menentang calon Perikatan Nasional Zaidy Abdul Talib dan calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Aida Nazeera Abdul Rahman.


Pengarang :