Ahli Dewan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim (kiri) bergambar di tengah-tengah sawah Parit 5, Sekinchan yang menempatkan sebuah pesawat jenis Boeing 727. Foto Facebook Ng Suee Lim
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tahun Melawat Selangor 2025 diperkenal, jelajah lokasi pelancongan unik

SHAH ALAM, 13 SEPT: Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan Tahun Melawat Selangor 2025 sebagai usaha menyemarak industri pelancongan.

EXCO Pelancongan Ng Suee Lim berkata penganjuran lebih awal program itu berbanding kerajaan Persekutuan dipersetujui hasil perbincangan bersama Tourism Selangor semalam.

“Dalam sesi taklimat itu, saya menyampaikan hasrat untuk memperkasa sektor pelancongan negeri dan sasaran kerja yang akan dibuat tahun depan. Banyak perkara dipersetujui antaranya buat Tahun Melawat Selangor 2025.

“Selangor buat lebih awal projek ini dengan persiapan menghala ke arah itu bermula tahun depan. Kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang unik,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau turut memaklumkan perancangan memperkenal pakej pelancongan berkonsep agropelancongan di anjung utara selama tiga hari dua malam.

“Pakej ini memberi peluang kepada pelancong bercuti dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam. Pengamal media di Selangor akan dibawa untuk testimoni.

“Banyak lagi perkara lain dirancang termasuk kaedah promosi pelancongan. Kita akan buat pengumuman pada sidang media dalam masa terdekat,” katanya.


Pengarang :