Pemandangan tapak pameran dari ruang udara yang sempat dirakam lensa Selangorkini ketika menyertai aktiviti menaiki helikopter ‘joyride’ sempena Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 9 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Cheras, Shah Alam antara 58 kawasan catat bacaan IPU sederhana setakat 3 petang

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Air Pollutant Index Management System (APIMS) kendalian JAS, kadar IPU di Cheras di sini mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 96, manakala di Shah Alam, Selangor dan Kuching, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 91 dan 90.

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

– BERNAMA


Pengarang :