Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah dalam program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Balakong di balai raya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah di Meru, Sabak, Sungai Ramal pagi esok

SHAH ALAM, 18 SEPT:  Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan asas murah berbanding harga pasaran diadakan di tiga lokasi mulai 10 pagi, esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan murah itu bertempat di tapak pasar malam Batu 8, Jalan Meru Tambahan (Meru), di pekarangan pejabat KEADILAN Cabang Sabak Bernam, Taman Muhibbah (Sabak) dan Jalan P4/3, Bandar Teknologi Kajang (Sungai Ramal).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di lebih 2,000 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :