AGENDANASIONAL

Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 12 tengah malam

SHAH ALAM, 19 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 12 tengah malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook memaklumkan cuaca sama diramal melanda seluruh Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :