Keadaan rumah yang rosak susulan kejadian ribut di beberapa kawasan di Hulu Langat pada 19 September 2023. Foto Laman X Najwan Halimi
EXCOSELANGOR

82 keluarga terjejas ribut berlindung di pusat pemindahan, MBI hulur bantuan segera

SHAH ALAM, 19 SEPT: Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menghulur bantuan segera kepada 82 keluarga terjejas ribut di Hulu Langat petang tadi.

EXCO pengurusan bencana berkata sumbangan toto, tuala mandi, air minuman, mi segera, roti dan biskut disalur ke pusat pemindahan sementara (PPS) Surau Tengah, Kampung Sesapan Batu Rembau.

“Dilaporkan terdapat mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat dihempap kayu siling rumah. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Mohd Najwan Halimi di laman X.

Beliau memaklumkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor menerusi Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC) akan memantau insiden terbabit.

Katanya ia termasuk mengambil tindakan susulan selain menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Difahamkan, beliau juga akan melawat PPS terbabit yang menempatkan mangsa dari Kampung Paya Tanjung, Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Kampung Sungai Jai, Taman PKNS Beranang dan Kampung Sesapan Bukit Rembau.

Keadaan rumah yang rosak susulan kejadian ribut di beberapa kawasan di Hulu Langat pada 19 September 2023. Foto Laman X Najwan Halimi
Pokok tumbang rosak susulan kejadian ribut di beberapa kawasan di Hulu Langat pada 19 September 2023. Foto Laman X Najwan Halimi

 


Pengarang :