Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor antara tujuh negeri diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 28 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 7 malam.

Menerusi Facebook, amaran sama turut melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Keadaan sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :