BUDAYARENCANA

Satori di Mutiara Homes

 

apa telah kau belajar
selama ini mendengar
bahasa angin? nafas hari
pun membina namanya
daripada makna tanya
berhembusan; deruan
kata-kata telah
membawa kau
kepada—
ahad bahagia;
ahad kudus.
di sini
petaling jaya berbunyi
panjang, mutiara daman-
sara menyanyi tenang:
kudus. bahagia. kudus.
bahagia. kudus. bahagia—
di sini
kau dijilati sedar dari
setiap tiupan malar
menghalau hawa
nanar.
di sini
setelah kau pelajari
nama-nama angin
kautemui—
di sini
di penghujung hari kau
pun cuba mendengar
semua pernah
kaudengar.

 

Jack Malik


Pengarang :