Usahawan Yayasan Hijrah Selangor bergambar bersama ketika Majlis Penutup Strategi Super TikTok 2023 di Hotel TH, Petaling Jaya pada 29 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hijrah pelawa usahawan mohon modal, bantu kembang niaga

SHAH ALAM 4 JAN: Peniaga yang memerlukan bantuan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan boleh memohon skim pembiayaan di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-Bisnes, skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.

Pemohon boleh memuat turun maklumat pembiayaan menerusi https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/ atau pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Pemohon juga boleh menghubungi cawangan Hijrah berhampiran untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan pembiayaan.

Hijrah menyediakan pinjaman kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal.

Sehingga Jun 2023, seramai 58,464 peserta terlibat dengan dana lebih RM768.8 juta. Seramai 34,823 penerima atau 60 peratus adalah usahawan wanita.

Selain itu, Hijrah juga menganjurkan pelbagai program secara percuma seperti kelas strategi TikTok untuk meningkatkan perniagaan secara digital.

Turut diadakan kursus pemasaran bagi memastikan peniaga serta produk yang ditawarkan kepada pelanggan kekal berdaya saing di dalam dan luar negara.


Pengarang :