Terjemahan buku judul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Buku Muhammad terjual hampir 50,000 naskhah, kisah terperinci lahir hingga wafat

SHAH ALAM, 24 JAN: Naskhah terjemahan riwayat Rasulullah oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) merekodkan jualan hampir 50,000 naskhah sejak diterbitkan pada 2020.

Menurut syarikat penerbitan itu, buku Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal tulisan asal Martin Lings atau Abu Bakar Sirajuddin turut diterjemah dalam beberapa bahasa dan terjual lebih 200,000 naskhah di seluruh dunia.

“Martin Lings mengarang buku tersebut dengan bahasa yang indah, kemas dan mudah menjadikan keseluruhan naratif benar-benar bernyawa di tangan pembaca.

“Mengandungi 85 bab, pembaca pasti tertawan dengan penceritaan riwayat hidup baginda yang terperinci sejak kelahiran sehingga kewafatannya

“Malah ulama terkenal Sheikh Hamza Yusuf Hanson menganggapnya antara biografi terbaik Rasulullah dalam Bahasa Inggeris. Buku ini yang diterjemah dalam pelbagai bahasa juga meraih anugerah daripada kerajaan Pakistan dan Universiti Al Azhar di Mesir,” kongsi IBDE di Facebook.

Menurut IBDE, Abu Bakar Sirajuddin menggunakan sumber Kitab Sirah Rasulullah oleh Ibnu Ishaq, Kitab al-Tabaqat al-Kabir oleh Muhammad ibn Sa’d dan Kitab al-Maghazi oleh Muhammad ibn Umar al- Waqidi untuk melengkapkan penulisannya.

“Buku Muhammad setebal 496 halaman dijual pada harga RM76. Ia boleh didapati menerusi Shopee http://shope.ee/5AQcLuOzEC, TikTok: http://vt.tiktok.com/ZSNdms4uS/ dan webstore https://bit.ly/biografiMuhammad,” katanya.

Terjemahan riwayat Rasullullah menjadi buku IBDE paling laris tahun lalu diikuti Gelagat & Ragam Orang Melayu; Memelihara Jiwa: Petua Dari Tabib Kurun Ke -6; Imam Al Ghazali: Hayat & Jasa Ilmuwan Ulung; Penyelamat Dari Kesesatan dan Tanpa Ampun Tiga Tahun Diburu Jepun Di Rimba Malaya.

Foto Facebook IBDE
Foto Facebook IBDE

Pengarang :