Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Bandar Baru Klang di Jalan Tepi Sungai pada 5 Februari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi lokasi jualan murah di Selat Klang, Ijok, Kuang, Gombak Setia hari ini

SHAH ALAM, 5 MAC: Orang ramai dipelawa ke empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah itu diadakan di Pejabat Tanah dan Daerah Klang (Selat Klang); UiTM Kampus Puncak Alam (Ijok); Kompleks Penghulu Mukim Kuang (Kuang) dan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak (Gombak Setia).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

PKPS juga menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :