Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di tapak pasar malam Ukay Perdana, Ampang Jaya pada 27 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi jualan murah barangan asas di 11 lokasi termasuk Segi Fresh hari ini

SHAH ALAM, 7 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi, jualan murah diadakan di Kampung Bendang Gemilang (Permatang), Kampung Tanjung Sepat Darat (Tanjung Sepat), Dewan MPKK Pandamaran Jaya dan Majis Al-Falah (Pelabuhan Klang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain empat lokasi tersebut, PKPS turut bekerjsama dengan Segi Fresh untuk melaksanakan program JER di tujuh cawangnya iaitu Subang, Banting, Bestari Jaya, Rantau Panjang, Taman Amaniah, Saujana Rawang dan Awani Bangi.

Antara barangan yang ditawarkan termasuklah ayam segar RM6.99 sekilo, daging pejal segar (RM11.50 per pek), telur gred D (RM10 sepapan), ikan kembung (RM8 sekilo), minyak masak dua kg (RM11) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh.

PKPS juga menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :