AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Klang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga lima petang.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :