Pengunjung memilih barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sungai Pelek, Pandan Indah antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 17 APRIL: Empat lokasi jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai dari 10 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Menerusi Facebook PKSPS, Jualan Ehsan Rahmah (JER) itu diadakan di Masjid Al-Ridha, Kampung Jenderam Hulu (Sungai Pelek), Flat Putri Laksamana (Sungai Tua), Jalan Nirwana 14, Taman Nirwana (Pandan Indah) dan Balai Raya Kampung Hulu Teris, Tanjung Sepat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :