AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 17 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :