AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di Klang hingga 3 petang

SHAH ALAM, 6 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Klang di Selangor hingga 3 petang ini.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :