Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri Kinrara tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Masjid Baitulamin, Subang Jaya pada 11 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dapatkan barangan dapur murah, kunjungi JER di empat lokasi hari ini

SHAH ALAM, 24 JUN: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah dengan mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah dijadual berlangsung di Pusat Perdagangan Seri Kembangan (Seri Kembangan) dan Dewan Desa Putra (Dengkil).

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut berlangsung di Pusat Rekreasi JKKK Batu 11, Cheras (Balakong) dan Jalan Melur 15, Taman Melur (Teratai).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :