Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas di lapan lokasi Sabtu, Ahad

SHAH ALAM, 28 JUN: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah dengan mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di lapan lokasi hujung minggu ini.

Bermula 10 pagi, jualan pada Sabtu bertempat di Pangsapuri Sungai Rasau (Batu Tiga); Gelanggang Bola Keranjang Sungai Besi Indah (Seri Kembangan) dan pekarangan Pejabat Amanah Bangi, Seksyen 7 (Sungai Ramal).

Jalan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut dilanjutkan hingga 4 petang sempena Karnival Kita Madani Selangor yang di pekarangan Dewan Dato’ Penggawa Permatang, esok.

Pada Ahad, JER diadakan di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Bukit Gasing); Blok 1, Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang (Kota Anggerik); Dewan Balai Lintang Surau Ikhlasiah (Seri Setia) dan Dewan Komuniti Seksyen 4 (Kota Damansara).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :