Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Padang Awam Batu Caves pada 14 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Program JER di Hulu Bernam, Dengkil, Rawang, Tanjung Sepat esok

SHAH ALAM, 2 JULAI: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan esok di empat lokasi, bermula 10 pagi.

Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di pekarangan pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam, Kalumpang (Hulu Bernam); Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda (Dengkil); Dataran Batu Arang (Rawang) dan PKD Sungai Lang Tengah (Tanjung Sepat).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :