Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas di 10 lokasi Sabtu, Ahad

SHAH ALAM, 26 JULAI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di 10 lokasi hujung minggu ini, bermula 10 pagi.

Pada Sabtu, Jualan Ehsan Rahmah bertempat di Surau Taman Jasmin (Kajang); Dataran Sabak, Jalan Syed hashim (Sabak); kedai makan Tok Haji Ramli, Assam Jawa (Bukit Melawati); Pangsapuri Kos Rendah Raman Kuang Jaya (Kuang) dan luar BHP Taman Cheras Jaya (Balakong).

Jualan Ahad di Dewan Sri Temua, Desa Temuan (Bukit Lanjan); gelanggang bola keranjang Kuala Ampan (Bukit Antarabangsa); padang permainan Blok 55 Pangsapuri Nilam Sari, Shah Alam (Kota Anggerik); Surau Al-Ehsaniah Kampung Seri Aman (Seri Serdang) dan Jalan Anggerik Villa 2/1 Taman Aggerik Villa 2 (Sungai Ramal).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :