Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di tapak pasar malam Ukay Perdana, Ampang Jaya pada 27 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang berjimat, kunjungi Jualan Ehsan Rahmah di empat lokasi hari ini

SHAH ALAM, 30 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan dapur murah menerusi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Orang ramai juga boleh mendapatkan ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut empat lokasi jualan murah:

  • Tapak Pasar Sepetang Kampung Tengah Pekan Batu 39 (Sungai Air Tawar)
  • Surau Tali Air 8, Sungai Leman (Sekinchan)
  • Dataran Batu Arang (Rawang)
  • Dewan MBSA Pulau Seksyen 27 (Kota Kemuning)

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :