Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Seri Setia di Tapak Parkir Dewan D’Kelana, Kelana Jaya pada 07 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/ MEDIASELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ijok, Kinrara antara empat lokasi jualan murah barangan dapur hari ini

SHAH ALAM, 5 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.

Bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, Jualan Ehsan Rahmah (JER) itu diadakan di 1, Jalan Puchong 7, Taman Sri Puchong (Kinrara), Padang Awam Batu Caves (Sungai Tua), Jalan Suasana 3/2, Tun Hussein Onn (Cheras) dan Jalan Dewan Kampung Jaya Setia (Ijok).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :