Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Kemuning di JMB Pangsapuri Andorra pada 20 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dapatkan barangan dapur berkualiti pada harga murah di lima lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 17 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) menawarkan ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan).

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan ikan kembung pada harga serendah RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut lima lokasi jualan murah berkenaan:

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :