Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang berjimat, kunjungi Jualan Ehsan Rahmah di lima lokasi hari ini

SHAH ALAM, 18 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) menawarkan ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan).

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan ikan kembung pada harga serendah RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut lima lokasi jualan murah berkenaan:

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :