AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 22 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 11 malam.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai angin kencang juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Labuan, Perlis selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :