AGENDANASIONAL

Angin kencang, hujan lebat diramal landa Hulu Selangor hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 22 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor hingga 2 pagi.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai angin kencang juga dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :