AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 23 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 4 petang.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :