AGENDANASIONAL

Amaran cuaca buruk di banyak negeri termasuk Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 9 malam.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Cuaca buruk juga diramal berlaku beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :