Persembahan bunga api memeriahkan upacara perasmian temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 17 Ogos 2024. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

SUKMA Hari Ke-13: Pasukan kriket wanita sumbang perak ke-62 Selangor

SHAH ALAM, 24 OGOS: Sebanyak 45 pingat emas dipertandingkan pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, hari ini sekali gus menentukan kedudukan keseluruhan pingat SUKMA 2024.

Selangor menyasar memperoleh enam pingat emas menerusi acara ping pong, badminton berpasukan, catur individu, hoki, badminton perseorangan dan pelayaran.

Setakat malam tadi Selangor kekal di tangga ketiga carta kesuluruhan pingat SUKMA 2024 dengan 51 emas, 61 perak dan 50 gangsa dengan jumlah keseluruhan 162 pingat.

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

1.10 tengah hari: Pasukan kriket wanita meraih pingat perak selepas menewaskan Perak dalam kategori Format T10 Wanita di Padang Kriket dan Ragbi Petra Jaya

1 tengah hari: Pemain badminton Selangor Letshanaa a/p Karupathevan meraih gangsa dalam acara perseorangan wanita selepas menewaskan rakan senegeri, Siti Nurshuhaini Azman

12.30 tengah hari: Perak raih emas acara petanque menerusi berpasukan lelaki

12.15 tengah hari: Pemain Sarawak Wong Ling Ching raih emas badminton perseorangan wanita, kalahkan wakil Pulau Pinang Oo Shan Zi

12 tengah hari: Atlet badminton Selangor Chua Kim Sheng meraih pingat gangsa selepas menewaskan atlet Wilayah Persekutuan Hooi Shao Herng dalam acara perseorangan lelaki.

11.50 pagi: Justin Hoh dari Wilayah Persekutuan raih emas badminton perseorangan lelaki, tewaskan Ong Zhen Yi dari Pulau Pinang

11.45 pagi: Pahang raih pingat emas hoki wanita selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 5-3 menerusi penentuan penalti

11.40 pagi: Perak raih pingat emas hoki lelaki selepas kalahkan Pahang 3-2 menerusi penentuan penalti


Pengarang :