Suasana di sekitar Klinik Desa Sungai Lui pada 6 April 2020 menyaksikan barisan hadapan terdiri daripada jururawat dan doktor giat mengambil sampel daripada penduduk bagi ujian saringan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

93 peratus pesakit Covid-19 di Selangor berjaya sembuh

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kira-kira 93 peratus pesakit, atau 1,231 orang, di Selangor yang dijangkiti Covid-19 sudah berjaya dirawat.

Menurut angka Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi oleh Dato’ Menteri Besar di Twitter, 21 orang daripada jumlah 1,316 kes masih di unit rawatan rapi.

“Setakat jam 12 tengah hari semalam, seramai 1,231 pesakit telah sembuh daripada Covid-19 di Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada para petugas perubatan yang berusaha bertungkus-lumus. Hargai mereka dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.”

Setakat semalam, 11 orang pesakit di negeri ini meninggal dunia dalam wabak yang mengorbankan lebih 130,000 orang di serata dunia.

Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi di negara ini dengan enam daerah dikategorikan kawasan merah.

Hulu Langat mendahului jumlah pesakit dengan 440 kes, diikuti Petaling (363), Klang (171), Gombak (142), Sepang (68) dan Hulu Selangor (49).

Daripada kawasan ini, 12 mukim dikategorikan sebagai zon merah.

KKM menetapkan kawasan yang mencatat lebih 40 kes sebagai zon merah, manakala zon jingga 21 hingga 40 kes. Tiada kes dianggap zon hijau, sementara 1 hingga 20 kes pula zon kuning.


Pengarang :