AGENSISELANGOR

Unisel lakukan saringan suhu badan di pintu kampus

SHAH ALAM, 16 APRIL: Bagi mencegah jangkitan Covid-19, Universiti Selangor (Unisel) melakukan saringan suhu badan ke atas semua individu yang melalui pintu masuk kampus Shah Alam dan Bestari Jaya, kata pengarah komunikasi korporat Unisel

Hasril Abu Hassan berkata individu yang dikesan tidak sihat, tidak dibenar masuk ke kedua-dua kampus ini.

“Setiap masa semua individu yang datang berkerja, pelajar atau orang awam yang mahu masuk ke pusat pengajian ini akan diperiksa.

“Pihak keselamatan telah ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan suhu badan semua individu,” kata Hasril.

Katanya, ini merupakan inisiatif yang baik daripada pihak pengurusan bagi membantu kerajaan menyekat penularan Covid-19.

“Inisiatif ini juga secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan dan orang awam supaya terus menjaga kesihatan masing-masing,” katanya.


Pengarang :