Anggota Tentera memeriksa beberapa premis di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur ketika tinjauan pada 20 April 2020. Foto: BERNAMA
PBTSELANGOR

Individu pernah ke Pasar Borong Selayang digesa buat saringan Covid-19

SHAH ALAM, 28 APRIL: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menggesa mana-mana individu dalam kawasan pentadbirannya yang pernah berkunjung ke Pasar Borong Selayang dan Pasar Harian Kuala Lumpur segera ke klinik kesihatan berdekatan bagi membuat saringan Covid-19.

Saringan boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kuala Selangor, Bestari Jaya, Tanjung Karang dan Jeram.

MDSB menerusi Facebook memaklumkan, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor di talian 017-809 3455 atau 03-3289 3454/3289 3455.

Semalam dua pasar di Petaling Jaya iaitu Pasar Besar Jalan Othman dan Pasar Awam Taman Megah ditutup untuk proses nyahkuman susulan seorang peniaga di Pasar Awam  Taman Megah disahkan positif Covid-19.

Peniaga berkenaan dipercayai mempunyai kontak dengan peniaga di Pasar Borong Selayang yang positif Covid-19.


Pengarang :