ADNSELANGOR

DUN Rawang agih sumbangan bernilai RM179,970

SHAH ALAM, 28 APRIL: Jumlah keseluruhan nilai barangan yang diagih kepada komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menerusi Sumbangan Harapan Covid-19 mencecah RM179,970 setakat semalam.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat berkata jumlah itu termasuk sumbangan RM60,000 oleh pihaknya manakala RM19,560 membabitkan dana orang ramai.

“Hari ini (semalam) saya membuat kiraan nilai barangan yang diagihkan kepada masyarakat termasuk kepada petugas barisan hadapan dan keluarga miskin.

“Terima kasih di atas setiap sumbangan dan kami mengedarkannya kepada orang ramai yang memerlukan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata sumbangan yang diterima membuktikan rakyat Malaysia sangat prihatin untuk membantu golongan memerlukan.

Antara barangan diterima seperti ayam, sayur-sayuran, biskut, beras, cecair pembasmi kuman, barangan dapur, penutup mulut dan hidung, sarung tangan, minuman serta pusat nyah kuman.


Pengarang :