Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan penularan wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 21 kes baharu, 15 jangkitan tempatan

SHAH ALAM, 20 JULAI: Sebanyak 21 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes 8,800 semuanya, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam daripada kes baharu yang dilaporkan mendapat jangkitan di luar negara dan baki penularan tempatan.

“Kes import yang dicatatkan membabitkan empat orang warganegara dan dua warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini atas urusan kerja. Tiga dari Filipina dan masing-masing satu India, Rusia dan Denmark.

“Daripada 15 kes penularan dalam negara, 13 adalah warganegara dan dua warga asing,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata setakat 12 tengah hari tadi, dua kes pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 8,555 kes.

“Sehingga kini, tiga kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Jumlah kematian akibat Covid-19 kekal 123 orang.


Pengarang :