Petugas KKM Wilayah Persekutuan Labuan membuat ujian calitan Covid-19 kepada penumpang yang tiba dari Sabah di Hospital Labuan pada 28 September 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kawalan rentas daerah di Sabah bermula 3 Oktober – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 1 OKT: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan rentas daerah di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam pada 3 hingga 16 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkhidmatan perlu seperti keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kerajaan Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam Covid Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri,” katanya.


Pengarang :