AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Hulu Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 3 pagi

SHAH ALAM, 3 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di di daerah Hulu Selangor, Selangor sehingga 3 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan beberapa negeri lain turut dijangka mengalami keadaan sama seperti Perak di Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Manakala Kelantan melibatkan Bachok dan Pasir Puteh, Terengganu (Besut dan Setiu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi).

Kawasan di Sarawak pula ialah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :