Pengerusi Bingkisan Mesra Sdn Bhd yang juga EXCO Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima daripada keluarga kurang berkemampuan di PPR Hicom, Shah Alam pada 2 April 2022. Foto Rodziah Ismail
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bingkisan Mesra belanja RM150,000 bantu keluarga susah sambut Ramadan

SHAH ALAM, 3 APR: Bingkisan Mesra Sdn Bhd (Bingkisan Mesra) membelanjakan RM150,000 bagi membantu 1,000 isi rumah kurang berkemampuan di lapan lokasi di negeri ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata anak syarikat Kerajaan Negeri itu menyalurkan sumbangan menerusi program Tautan Mesra Ramadan dengan setiap penerima mendapat RM150 berupa barangan keperluan asas selain sejadah, kain telekung dan buah kurma.

“Kita peruntuk 125 penerima setiap lokasi iaitu Shah Alam, Petaling, Klang, Selayang, Sepang, Semenyih dan Ampang.

“Setakat ini dua kawasan di Shah Alam, PPR Hicom dan Seksyen 24 telah selesai semalam dan hari ini,” kata Zahariman Ariffin ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata sumbangan berkenaan disampaikan pengerusi Bingkisan Mesra yang juga EXCO Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail.

Katanya, bantuan selebihnya akan disalurkan minggu hadapan iaitu pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.


Pengarang :