SHAH ALAM, 18 MEI: Pemilik stor di Jalan SS 6/12A, Petaling Jaya dikompaun sebanyak RM1,000 selepas didapati membuang sampah di tempat awam.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan pihaknya mengesan aktiviti itu selepas menerima aduan orang ramai sebelum melakukan intipan di lokasi berkenaan.
“Tangkapan dilakukan terhadap seorang lelaki dan dua wanita kerana membuang beberapa plastik hitam berisi kertas dan beberapa sisa kotak terpakai.
“Siasatan lanjut mendapati sampah berkenaan adalah dari kerja pembersihan yang dilakukan di stor salah seorang wanita tersebut,” katanya di Facebook.
MBPJ berkata amaran serta nasihat diberikan kepada pemilik stor berkenaan supaya tidak membuang di tempat awam.
“Kerjasama diberikan oleh mereka dengan mengambil semula sampah berkenaan dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak pengurusan bangunan,” katanya.
Sebarang aduan di kawasan MBPJ boleh disalurkan menerusi:
- Email: [email protected]
- Hotline: 03-79542020
- Facebook: https://www.facebook.com/mbpjaduan/
- Sistem Perhubungan Pelanggan: https://embpj.mbpj.gov.my/
- Aplikasi: eaduan MBPJ (playstore)
- WhatsApp: 011-12017914 (waktu bekerja sahaja)