Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa lima daerah di Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di negeri ini di daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Situasi sama diramal di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Sarawak pula di Sarikei (Sarokei dan Meradong), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang selain Sabah di Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :