Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan kaunter pembaharuan lesen premis perniagaan dan lesen penjaja di Dato Ahmad Razali, Ampang pada 13 Oktober 2021. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

Perbaharui lesen perniagaan MPAJ secara dalam talian

SHAH ALAM, 3 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa peniaga dan penjaja memperbaharui lesen operasi secara dalam talian.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan pembaharuan lesen bagi 2023 sudah dibuka bermula bulan ini hingga Disember depan.

“Tidak mahu hadir secara fizikal? Tiada masalah. Sila layari https://icomm.mpaj.gov.my bagi permohonan baharu atau pembaharuan lesen premis perniagaan.

“Bagi lesen penjaja pula boleh layari https://intranet.mpaj.gov.my/penjaja bagi permohonan baharu atau pembaharuan. Segalanya di hujung jari anda. Klik dan cetak lesen dengan mudah,” katanya.

Bagi pembaharuan lesen secara bersemuka pula boleh kunjungi kaunter MPAJ di Galeri Aras 4 Menara MPAJ setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum.

Manakala kaunter di Pusat Beli-Belah Melawati Mall, Taman Melawati pada 1 November hingga 31 Disember pada hari bekerja termasuk Sabtu minggu pertama dan ketiga dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan di talian 03-4285 7344/ 7170.


Pengarang :