Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan pelancaran Kita Ke Kampung #produkkampung4u di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 Februari 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan Negeri bantu promosi produk usahawan IKS, salur kepada golongan B40

SHAH ALAM, 3 FEB: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif membeli produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Selangor menerusi program Kita Ke Kampung #produkkampung4u.

EXCO Pembangunan Luar Bandar berkata produk yang dibeli itu akan disalurkan kepada golongan memerlukan yang terdiri dalam kalangan berpendapatan rendah (B40).

“Program berunsur kebajikan ini bertujuan membantu pengusaha IKS ini selain mempromosikan produk mereka kepada orang ramai melalui konsep ‘Kita Ke Kampung’ dengan pengagihan barangan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan pelancaran Kita Ke Kampung #produkkampung4u di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 Februari 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah

“Hasil pembelian tersebut disumbangkan semula kepada golongan yang memerlukan terdiri dalam kalangan B40 dari kampung tradisi Selangor,” kata Borhan Aman Shah menerusi kenyataan di Facebook.

Semalam, Majlis Pelancaran Kita Ke Kampung #produkkampung4u itu disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Antara produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terpilih dalam program Kita Ke Kampung #produkkampung4u selepas dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 2 Februari 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah

Antara produk usahawan IKS terpilih yang akan diagihkan kepada golongan B40 adalah ;

– Kopi Kampung Kundang (Kopi 3K) dari Kampung Kundang, Kuala Langat
– Bubur Cha Cha Kering dari Kampung Seri Kundang, Gombak
– Sambal Pecal Mak Bedah dari Kampung Parit 4, Tanjong Karang
– Sambal Pecal Aqilah dari Kampung Parit Baru Baroh, Sabak Bernam
– Biskut Kelapa dari Kampung Raja Uda, Klang
– Beras Pulut Susu dari Sungai Besar, Sabak Bernam
– Kerisik dari Dengkil, Sepang


Pengarang :