Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman bersama peserta program ‘I’m A Book, Read Me’ di Perpustakaan Unisel, Unisel di Shah Alam pada 1 April 2023. Foto FACEBOOK UNISEL
AGENSISELANGOR

Unisel anjur program membaca, tarik minat golongan cilik cintai buku

SHAH ALAM, 2 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia menganjurkan program ‘I’m A Book, Read Me’, semalam.

Unisel menerusi Facebook memaklumkan program berlangsung di perpustakaan universiti berkenaan diadakan sempena Hari Buku Kanak-Kanak Sedunia pada hari ini.

Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata program itu amat bermakna dalam melahirkan lebih ramai pencinta bahan bacaan.

“Aktiviti membaca dapat mempertingkatkan daya kreativiti serta meningkatkan kemampuan akademik kanak-kanak.

“Budaya ini harus kerap diamalkan dengan memanfaatkan kemudahan fasiliti terdapat di Perpustakaan Unisel ini,” katanya.

Program itu dihadiri peserta daripada kalangan anak-anak kakitangan Unisel berusia 15 tahun ke bawah. Mereka juga diberi sijil penghargaan termasuk beberapa hadiah penceritaan terbaik kepada kanak-kanak terpilih.


Pengarang :