Gambar terakhir Muhammad Hawari Hashim selepas menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang, 18 Mei 2023 sebelum dilaporkan hilang 19 Mei 2023. Foto Facebook Malaysia Everest 2023
AGENDANASIONAL

Misi mencari pendaki Malaysia diteruskan hingga 28 Mei ini

PUTRAJAYA, 23 MEI: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, diteruskan hari ini sehingga 28 Mei ini.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, SAR kini memasuki hari kelima.

“SAR membabitkan enam malim gunung yang dipecahkan kepada dua kumpulan melibatkan pencarian di kem dua dan tiga,” katanya, lapor Harian Metro.

Muhammad Hawari yang berjaya menawan puncak Everest, Khamis lalu, dilaporkan hilang selepas keluar secara bersendirian pada pagi Jumaat.

Terdahulu, pihak berkuasa Nepal mengumumkan dan mengeluarkan notis penutupan aktiviti mendaki ke puncak Everest bermula 28 Mei ini dan jika jasad Hawari tidak ditemui beberapa prosedur perlu dipatuhi seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu.


Pengarang :