Pelajar Pondok Pesantren An Nahdloh di Kampung Tanjung Sepat Darat, Kuala Langat mengikuti pengajian pada 1 Mei 2023. Foto Facebook An-nahdloh
AGENDANASIONAL

Nahdlatul Ulama rakam terima kasih kepada MB, pesantren pertama di luar Indonesia

SHAH ALAM, 23 MEI: Pemimpin Nahdlatul Ulama menzahir penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari atas pembinaan pesantren di Kampung Tanjung Sepat Darat, Kuala Langat.

Ketua Panitia Perasmian Pondok Pesantren An Nahdloh Nur Alamin berkata Amirudin juga ada berbincang masa depan pesantren itu, yang pertama dibina di luar Indonesia, lapor Antara KL.

Nahdlatul Ulama, pertubuhan terkenal di Indonesia yang ditubuhkan pada 1908, merupakan organisasi Islam terbesar di dunia.

Foto Pondok Pesantren An Nahdloh di Kampung Tanjung Sepat Darat, Kuala Langat yang ambil pada 1 Mei 2023. Foto Facebook An-nahdloh

Pada Ahad, pesantren berkenaan dirasmikan Pengurus Besar Nahdlatul Ulama dalam majlis yang dihadiri ribuan warga Indonesia yang berada di Malaysia.

Ketua Bidang Keagamaannya KH Ahmad Fahrur Rozi yang lebih dikenali sebagai Gus Fahrur percaya institusi pendidikan itu mampu berkembang di negara luar.

Beliau menambah majoriti pelajar di pasentren tersebut anak warga penghijrah republik berkenaan.

“Mereka adalah aset masa depan Nahdlatul Ulama yang harus terus dibesarkan, walaupun jauh dari tanah berdirinya organisasi tersebut,” katanya.


Pengarang :