Orang ramai yang hadir pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dewan komuniti Damansara Damai di Bukit Lanjan antara lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 7 NOV: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas pada harga murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan murah itu diadakan di Apartment Golden Villa (Sentosa), Dewan Komuniti Damansara Damai (Bukit Lanjan) dan gelanggang bola keranjang Kuala Ampang (Bukit Antarabangsa).

Hari ini, jualan sama diadakan di Sekolah Agama, Kg Sijangkang Pelabuhan Klang (Pelabuhan Klang), pekarangan Surau As Solehah Jalan Kurau, Kg Bandar (Morib) dan Persatuan Bola Keranjang Hulu Yam Lama (Kuala Kubu Bharu).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :