EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Najwan Halimi (tiga,kiri) merasmikan Pameran Beyond by Bold di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Majukan industri seni, Selangor perkenal dasar ekonomi kreatif

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Kerajaan Negeri akan memperkenal dasar ekonomi kreatif bagi membangunkan usahawan bidang berkenaan agar lebih mampan dan berdaya maju.

EXCO ekonomi kreatif berkata dasar itu dirangka selepas mengambil kira pandangan pemain industri seni digital dan pemegang taruh melalui sesi libat urus pada April ini.

“Dalam masa terdekat selepas Hari Raya Aidilfitri, kita akan kumpulkan pemain industri dan pemegang taruh untuk dapatkan maklum balas dan keperluan mereka melalui sesi Simposium Ekonomi Kreatif Negeri Selangor.

“Segmen ekonomi kreatif menjadi keutamaan Kerajaan Negeri kerana mereka kurang disantuni, jadi kita ingin pastikan pemain industi yang berpontensi dan berbakat ini tidak ketinggalan,” kata Najwan Halimi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pameran ‘Beyond by Bold 2024’ Seni Grafik dan Media Digital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini hari ini.

Pengunjung melihat pameran yang terdapat di pameran Beyond by Bold di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Najwan menambah Dana Usahawan Madani Selangor berjumlah RM2 juta bakal dilancarkan Dato’ Menteri Besar bulan ini untuk menggalak pemain industri seni digital mengembang inovasi mereka.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri sediakan Dana Usahawan Mikro yang kita telah perkemaskan kepada Dana Usahawan Madani Selangor.

“Kita akan kembangkan pemberian dana melalui skop baharu ini bukan sahaja kepada usahawan konvensional seperti pembuatan makanan yang diberikan geran malah kita akan luaskan kepada pemain industri ekonomi kreatif ini,” katanya.


Pengarang :