AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 2 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang hingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :