AGENDANASIONAL

Tiga lelaki ceroboh kawasan tren maut dilanggar komuter

SHAH ALAM, 4 MAC: Tiga lelaki dilaporkan maut berikutan dilanggar komuter di Landasan KTMB, Taman Puncak Utama Jade Hill selepas didakwa menceroboh kawasan itu malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan memaklumkan ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan, namun identiti mereka belum dikenal pasti.

Memetik laporan Berita Harian, lima anggota dari Pasukan Bomba BBP Kajang kemudian bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dalam kejadian sekitar 10.53 malam.

Semua mayat mangsa akan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 


Pengarang :