PBTSELANGOR

Peluang bayar cukai, kompaun MBSA di AEON Big Seksyen 23 Sabtu ini

SHAH ALAM, 3 MAC: Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai taksiran serta kompaun di pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ di parkir AEON Big, Seksyen 23 Sabtu ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kemudahan lain termasuk kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara bermula 11 pagi hingga 4 petang.

Menurut Pengarah Korporat dan Perhubungan Awamnya Mohd Azhar Mohd Sharif, platform itu memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

“Melalui perkhidmatan ini pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

MBSA menggunakan kaedah itu di beberapa lokasi sebelum ini sebagai pendekatan memudahkan urusan orang ramai termasuk pembayaran kompaun tertunggak.


Pengarang :